Valued Opinions telah melengkapkan peningkatan rupa dan mempamerkan wajah baru dengan palet warna yang terkini. Laman web kami juga menawarkan pengalaman navigasi yang lebih baik, membolehkan anda menyemak kaji selidik yang ada dan baki ganjaran anda dengan lebih mudah; responsif mudah alih sepenuhnya - membolehkan anda mengambil bahagian dalam kajian-kajian dan mengemaskinikan profil anda di mana sahaja; dan memenangi lebih banyak ganjaran kerana kedua-dua faktor ini mempercepatkan dan memudahkan penebusan ganjaran.
Tidak, butir-butir akaun anda akan tetap sama seperti dahulu, status keahlian anda tidak sepatutnya berubah. Log masuk seperti biasa untuk mengakses akaun anda. Anda akan diminta untuk memilih soalan Keselamatan semasa log masuk kali pertama.
Klik butang "Log Masuk" di penjuru atas kanan skrin anda untuk log masuk. Sebaik sahaja anda log masuk, klik nama anda dan menu terturun "Akaun" untuk melihat semua aspek akaun anda termasuk Sejarah Kaji Selidik dan Sejarah Ganjaran anda.
Sudah tentu! Anda boleh mendapatkan semua ganjaran anda yang diperolehi sehingga kini di papan pemuka anda, dan juga mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai sejarah Ganjaran dan sejarah Kaji Selidik anda dalam bahagian Akaun anda.
Valued Opinions ialah panel penyelidikan pasaran yang mempunyai kepakaran dalam menjalankan kajian berbayar atas talian, yang dimiliki oleh Research Now iaitu syarikat global terkemuka di dalam bidang penyelidikan panel digital. Ahli-ahli kami telah memilih untuk menyertai panel ini iaitu untuk mengambil bahagian di dalam kajian-kajian selidik dan memperoleh ganjaran yang boleh ditukar dengan baucar daripada jenama-jenama terkemuka apabila had RM30 telah dicapai.
Setelah anda menjadi ahli Valued Opinions, anda akan dipelawa untuk mengambil kaji selidik dalam talian. Kaji selidik ini akan dihantar kepada anda melalui jemputan e-mel atau akan muncul di papan pemuka ahli anda. Dengan mengklik pautan kaji selidik dalam e-mel atau butang "Mula Kaji Selidik" di papan pemuka anda, anda akan dibawa ke kaji selidik dalam talian di mana anda boleh mengisi respons anda. Kaji selidik ini biasanya dibayar sebanyak RN6 dan RM30, walaupun kadang-kadang kami akan menghantar kaji selidik pendek yang tidak berbayar yang membantu kami untuk mengenali anda dengan lebih baik. Walau bagaimanapun, ini membolehkan kami sentiasa mengemas kini profil anda supaya kami boleh terus menghantar kaji selidik yang berkaitan dengan minat anda yang khusus.
Research Now Ltd ialah pakar kerja lapangan dan panel dalam talian terkemuka yang memiliki jenama Valued Opinions. Research Now bekerja dengan agensi dan syarikat penyelidikan yang berwibawa untuk membantu pemahaman mereka tentang pengguna dengan mendapatkan pandangan manusia sebenar seperti anda dalam penyelidikan mereka. Untuk maklumat lanjut tentang Research Now, sila rujuk bahagian maklumat korporat kami.
Jika anda mempunyai pertanyaan tentang apa-apa aspek perkhidmatan kami atau jika anda ingin membuat apa-apa cadangan untuk memperbaiki perkhidmatan kami, sila gunakan borang hubungan di tapak kami. Bagi memastikan penyelesaian yang pantas kepada pertanyaan anda, sila beritahu kami tajuk pertanyaan anda, dan berikan kami sebanyak mungkin maklumat termasuk butiran spesifik yang berkaitan seperti nombor kaji selidik dan tarikh penebusan baucar.
Penyelidik pasaran berminat dengan pendapat anda. Kami membantu mereka dengan memberikan mereka pandangan anda mengenai isu-isu yang berkaitan dengan keperluan pelanggan mereka melalui kaji selidik. Atas sebab ini kami mengenakan bayaran kepada penyelidik untuk mengumpulkan pendapat ahli kami yang berkemungkinan merupakan pelanggan produk dan perkhidmatan mereka. Pandangan dan pendapat ahli-ahli kami ternyata sangat penting dalam proses ini dan oleh sebab penyelidik pasaran sanggup membayar untuk mendapatkan maklumat ini kami menyalurkan sebahagian daripada bayaran itu terus kepada anda dalam bentuk mata wang ganjaran!
Untuk menyertai panel kami, sila kunjungi halaman penyertaan dan lengkapkan proses pendaftaran. Setelah anda mendaftar, anda akan menerima e-mel pengaktifan. Sila klik pautan di dalam e-mel untuk mengesahkan pendaftaran dan mengaktifkan akaun anda. Jika anda telah mendaftar tetapi belum menerima atau telah memadamkan e-mel pengaktifan secara tidak sengaja, jangan bimbang, peringatan akan dihantar kepada anda dalam masa beberapa hari.
Terdapat beberapa sebab mengapa ini boleh berlaku, sila pastikan anda mempunyai alamat penuh dalam format yang betul, anda belum pernah didaftarkan kepada panel dengan alamat yang sama, dan alamat IP anda adalah untuk rantau yang betul. Jika anda masih menghadapi masalah, sila hubungi kami .
Sistem keselamatan kami mungkin menyekat alamat IP atau domain internet yang digunakan oleh banyak orang. Cuba mendaftar dari PC, lokasi dan/atau menggunakan alamat e-mel yang lain.
Ya, panel Valued Opinions ini hanya boleh digunakan oleh pemastautin Malaysia.
Kadang-kala kami akan mengirim e-mel kepada anda soalan kaji selidik pendek untuk melihat sama ada anda sesuai dengan projek penyelidikan tertentu. Soalan kaji selidik pendek ini hanya mengambil masa beberapa saat untuk dilengkapkan. Misalnya, kami mungkin bertanya sama ada anda mempunyai pemain DVD, jika kami mencari pandangan pemilik mengenai jenis pemain DVD tertentu. Kami tidak mengkreditkan akaun Valued Opinions anda kerana melengkapkan ini; walau bagaimanapun, anda mungkin dipilih lebih awal untuk kaji selidik berbayar.
Umur minimum untuk mendaftar ialah 18 tahun, malangnya ini adalah keperluan undang-undang dan kami tidak dapat menerima mana-mana ahli di bawah had umur itu.
Sudah pasti! Anda boleh mempercayai kami untuk memastikan maklumat peribadi anda selamat dan bebas daripada mana-mana pihak luar. Maklumat yang anda berikan hanya akan digunakan oleh Valued Opinions untuk tujuan penyelidikan semata-mata. Sila baca Dasar Privasi kami, yang menjelaskan bagaimana kami memproses maklumat peribadi anda. Kami mengasaskan perniagaan kami pada dua konsep yang berharga, amanah dan kualiti. Kami tidak akan menghubungi anda untuk tujuan pemasaran, hanya untuk tujuan penyelidikan pasaran. Semua maklumat yang disampaikan kepada agensi-agensi penyelidikan pemasaran bersekutu adalah tanpa nama.
Tidak, kami hanya membenarkan satu akaun untuk setiap orang.
Tidak, tidak sama sekali, anda boleh menjadi ahli selama mana yang anda suka.
Jika anda mahu mengaktifkan semula akaun anda pada bila-bila masa dalam tempoh 365 hari dari tarikh penyahaktifan, sila hubungi kami dan pilih "Soalan tentang pendaftaran" sebagai tajuk dan kami berbesar hati untuk menunaikan permintaan anda.
Namun begitu, jika anda ingin menghentikan langganan, walaupun kami akan berasa sedih melihat ahli kami pergi, anda boleh mendapatkan pautan hentikan langganan dalam setiap e-mel yang anda terima dari kami. Sebagai alternatif, anda boleh hentikan langganan pada bila-bila masa dengan melayari laman Keutamaan di akaun ahli anda atau dengan menghubungi kami .
Anda boleh menyemak baki akaun anda dan kredit anda yang tertangguh pada bila-bila masa dengan memasuki akaun anda dan baki anda dapat disemak di papan pemuka anda dan di menu teratas setiap kali anda log masuk.
Jika anda ingin membuat apa-apa perubahan kepada akaun anda, sila log masuk dan klik pada nama anda dan menu terturun "Akaun" untuk membuat perubahan yang diperlukan.
Sila pastikan anda menggunakan butir-butir log masuk yang betul dan telah mengeja dengan betul; ingatlah bahawa seluruh alamat e-mel anda ialah nama pengguna anda, termasuk domain. Kata laluan adalah sensitif huruf jadi pastikan Kunci Huruf Besar (Caps Lock) anda dimatikan.
Jika anda masih tidak dapat log masuk, sila semak tetapan berikut pada komputer anda:
Jika anda masih menghadapi masalah sila taip secara manual www.valuedopinions.com.my dalam penyemak imbas anda dan bukannya mengikuti pautan di dalam pelawaan kajian.
Semasa anda cuba log masuk, kami telah menyediakan pautan untuk anda menetapkan semula kata laluan anda. Sila klik pada pautan tersebut dan ikuti arahan mudah yang akan membolehkan anda menetapkan semula kata laluan anda sendiri.
Untuk keselamatan data dan untuk melindungi ganjaran anda, anda perlu mengesahkan akaun anda dengan nombor telefon bimbit UK yang sah sebelum anda boleh menebus ganjaran.
Sebaik sahaja anda memberikan nombor telefon bimbit anda, kami akan menghantar kod pengesahan yang anda perlu masukkan sebelum anda boleh menebus.
Jika anda tidak mempunyai telefon bimbit, anda masih boleh mengesahkan akaun anda menggunakan nombor talian tetap.
Sila ambil perhatian: jika anda ingin menebus lebih daripada satu ganjaran dalam tempoh 7 hari, anda mungkin akan diminta untuk mengulangi pengesahan mudah alih bagi setiap transaksi.
Pengesahan mudah alih ialah langkah tambahan untuk keselamatan data tambahan bagi melindungi akaun anda dan baki ganjaran anda, sebelum anda boleh menebus ganjaran.
Ini adalah untuk perlindungan data sahaja - kami tidak akan berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga atau menggunakannya untuk apa-apa tujuan pemasaran.
Kami akan sentiasa menghantar e-mel kepada anda jika terdapat kaji selidik baharu atau soal selidik profil untuk diambil. Sila pastikan pembekal e-mel anda tidak menyekat e-mel dari Valued Opinions. Anda juga boleh melihat kaji selidik yang tersedia kepada anda pada halaman papan pemuka semasa anda melog masuk ke akaun anda.
Peluang anda untuk dipelawa mengambil kaji selidik bergantung pada beberapa faktor seperti bilangan dan jenis kaji selidik yang kami jalankan pada satu-satu masa dan jumlah maklumat profil anda yang ada pada kami, membolehkan kami menghantar kaji selidik yang paling relevan kepada anda. Sila lihat Terma & Syarat kami untuk maklumat lanjut.
Panjang setiap kaji selidik berbeza-beza tetapi biasanya akan mengambil masa kurang daripada 15 atau 20 minit untuk dilengkapkan. Setiap e-mel pelawaan kaji selidik memberitahu anda berapa lama masa yang akan diambil, dan tarikh akhir kaji selidik untuk diberi respons.
Jika anda tidak berjaya mengakses kaji selidik kami, sila cuba langkah-langkah seperti berikut:
Kami menyarankan anda supaya menggunakan perisian browser popular versi terkini seperti Internet Explorer, Chrome dan Firefox untuk mengambil kaji selidik kerana sesetengahnya mungkin tidak serasi dengan perisian browser lama.
Malangnya, sebaik sahaja anda menghantar jawapan kaji selidik, anda tidak boleh mengubahnya. Kami melakukan ini untuk melindungi integriti dan ketepatan data yang kami kumpulkan.
Kami menanyakan soalan seperti jantina, umur, lokasi pada permulaan setiap kaji selidik kerana kami mencari pelbagai jenis orang untuk menjawab kaji selidik. Anda mungkin tidak layak untuk menyertai kaji selidik tertentu di atas pelbagai sebab berdasarkan jawapan yang telah anda beri kepada beberapa soalan awal yang ditanya (kriteria demografi dan/atau tabiat pengguna). Kami memastikan bahawa kami memberikan soalan yang boleh membatalkan kelayakan ahli panel kami dari kaji selidik dari mula.
Anda juga mungkin boleh dihentikan daripada melengkapkan kaji selidik kerana kami telah mencapai bilangan responden yang dikehendaki. Sistem ini menutup kaji selidik secara automatik sebaik sahaja bilangan responden yang dikehendaki telah dicapai.
Kami menyarankan supaya anda selalu mengemas kini profil anda kerana ini akan meningkatkan peluang anda untuk mendapat pelawaan kaji selidik yang sesuai untuk anda.
Sila ambil perhatian bahawa kami tidak akan menyalurkan apa-apa maklumat yang telah diberikan kepada kami bagi kaji selidik yang tidak lengkap kepada para pelanggan kami.
Sebahagian besar kaji selidik dibuka selama beberapa hari. Walau bagaimanapun, sesetengah kaji selidik adalah lebih popular berbanding yang lain dan ditutup dengan cepat jika kuotanya dicapai lebih awal daripada tarikh akhir yang dicadangkan.
Kami sentiasa cuba untuk mengehadkan bilangan ahli panel yang kami pelawa supaya ahli panel yang kami pelawa mendapat peluang yang adil untuk menjawab kaji selidik.
Untuk menebus ganjaran anda, anda perlu log masuk ke akaun Valued Opinions anda. Jika baki anda ialah RM30 atau lebih anda layak menebus ganjaran.
Untuk menyemak senarai semua pilihan ganjaran sila kunjungi halaman ganjaran kami.
Untuk keselamatan data anda perlu mengesahkan akaun anda dengan nombor Malaysia yang sah untuk menebus ganjaran. Sila ambil perhatian, anda tidak dapat mendaftarkan nombor telefon yang sama bagi akaun-akaun yang berlainan. Ini adalah untuk melindungi keselamatan anda dan untuk membantu mencegah aktiviti penipuan pada akaun anda.
Sebaik sahaja anda memberikan nombor telefon bimbit anda, kami akan menghantar kod pengesahan yang anda perlu masukkan sebelum anda boleh menebus. Langkah ini adalah untuk keselamatan data tambahan bagi melindungi akaun anda dan baki ganjaran anda, kami tidak akan berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga atau menggunakannya untuk apa-apa tujuan pemasaran.
Jika anda tidak mempunyai telefon bimbit, anda masih boleh mengesahkan akaun anda menggunakan nombor talian tetap.
Sila ambil perhatian: jika anda ingin menebus lebih daripada satu ganjaran dalam tempoh 7 hari, anda mungkin akan diminta untuk mengulangi pengesahan mudah alih bagi setiap transaksi.
Malangnya kami tidak boleh membatalkan baucar elektronik kerana ia dihantar ke e-mel anda sebaik sahaja anda memintanya dan amaun ganjaran ditolak dari akaun anda.
Pada amnya, anda akan diberi ganjaran dengan kredit ke akaun Valued Opinions anda bagi setiap kaji selidik yang anda lengkapkan.
Ganjaran berfungsi seperti ini:
Jika kami mengenal pasti bahawa responden tidak jujur dalam pendekatannya kepada penyelidikan, misalnya dengan menyediakan jawapan yang tidak bermakna atau cuba untuk melakukan berbilang pelengkapan bagi kaji selidik yang sama, kami tidak boleh memberi ganjaran kepada mereka. Walau bagaimanapun, hal ini sangat jarang berlaku dan hanya digunakan sebagai satu cara untuk menghentikan beberapa orang yang tidak jujur daripada merosakkan peluang untuk orang lain.
Apabila anda berjaya melengkapkan sesebuah kaji selidik, akaun anda sepatutnya dikreditkan secara automatik, kecuali untuk kajian rumit seperti kajian diari dan kumpulan fokus yang mungkin mengambil masa hingga 6 minggu.
Lencana dianugerahkan kepada ahli-ahli yang mengaktifkan akaun mereka, terus mengambil kaji selidik secara teratur, mengisi profil kaji selidik mereka, dan menebus ganjaran.
Terdapat lima aras keahlian, Bronze untuk orang baharu, Silver, Gold, Platinum dan aras tertinggi kami, Diamond.
Di setiap peringkat terdapat pencapaian utama (dikenali sebagai lencana) yang diberikan untuk aktiviti kaji selidik anda.
Aras keahlian adalah berkaitan dengan aspek keahlian anda, memberi tumpuan kepada aktiviti seperti mengambil kaji selidik dan menebus ganjaran.
Bagaimana saya boleh menaikkan aras keahlian saya?Anda boleh naik aras dengan membuka kekunci semua lencana yang terdapat di aras semasa anda. Sebagai contoh, jika anda seorang ahli Bronze, anda perlu melengkapkan semua lencana tersedia yang berkaitan dengan keahlian Gangsa untuk menaiki aras dan menjadi ahli Silver.
Anda boleh mencapai lencana untuk aras yang berbeza di atas aras anda sendiri - sebagai contoh, jika anda telah melengkapkan 100% profil kaji selidik anda, anda akan mendapat lencana status Platinum untuk bahagian itu - tetapi anda tidak boleh mencapai aras Diamond sehingga anda telah mencapai semua lencana di dalam Platinum.
Apakah ahli Bronze?Ahli Bronze bermakna anda baru sahaja bermula. Untuk mencapai status Bronze, anda hanya perlu mendaftar diri dan mengaktifkan akaun anda.
Apakah ahli Silver?Silver ialah langkah pertama di tangga.
Untuk mencapai status Silver, ahli mesti:
Ahli Gold bermakna menjadi pengambil kaji selidik yang tetap.
Untuk mencapai Gold, ahli mesti:
Ahli Platinum ialah pengambil kaji selidik yang aktif dan tetap yang hampir-hampir melengkapkan profil kaji selidik mereka.
Untuk mencapai status Platinum, ahli mesti:
Ahli Diamond telah mencapai aras tertinggi. Mereka mempunyai profil kaji selidik yang lengkap, telah melengkapkan lima puluh kaji selidik (atau lebih) dan mengekalkan aktiviti kaji selidik yang tetap.
Untuk mencapai status Diamond , ahli mesti:
Untuk mengekalkan status lencana anda, anda mesti memastikan bahawa anda terus mengambil kaji selidik secara teratur - sekurang-kurangnya sekali seminggu. Jika anda tidak mengekalkan aktiviti kaji selidik anda, lencana anda untuk kaji selidik satu, dua, tiga atau empat minggu berturut-turut akan hilang dan anda akan jatuh ke aras yang lebih rendah.
Dalam hal yang sama, anda perlu memastikan profil kaji selidik anda sentiasa dikemaskini – sesetengah bahagian tamat tempoh mengikut masa, misalnya teknologi, elektronik dan peralatan serta automotif – maka sekiranya anda melihat penurunan profil anda dalam peratusan sejak kali terakhir anda log masuk, semak semula dan lengkapkan mana-mana bahagian dalam profil kaji selidik anda yang kurang daripada 100% lengkap.