Syarikat bergantung pada kaji selidik untuk memahami apa orang seperti anda fikir dan lakukan. Sama ada ia merupakan isu alam sekitar atau filem blockbuster, arah aliran fesyen atau makanan kegemaran, pendapat anda boleh memberikan perbezaan yang besar.
Kami menyediakan kaji selidik — anda memberikan jawapan, dan bersama-sama kita membawa perubahan sebenar bagi syarikat, jenama, produk dan perkhidmatan di seluruh dunia.
Syarikat menghargai pendapat anda dan maklumat yang anda berikan dalam respons kaji selidik anda, itulah sebabnya Valued Opinions memberikan anda ganjaran baucar hadiah untuk masa dan usaha yang anda berikan dalam mengambil bahagian dalam kajian penyelidikan pasaran.
Untuk menyertai, anda hanya perlu mendaftar dan mengaktifkan akaun anda. Sebaik sahaja anda menjadi ahli, anda akan menerima pelawaan e-mel untuk melengkapkan kaji selidik penyelidikan pasaran dalam talian percuma.
Jangan lupa untuk melengkapkan profil anda, untuk memastikan anda menerima kaji selidik yang sesuai dengan anda.
Kami memandang serius privasi anda dan berjanji untuk menyimpan maklumat sulit yang anda berikan kepada kami - kami tidak akan menyalurkan butiran anda kepada mana-mana orang lain tanpa kebenaran anda.
Sebagai sebahagian daripada syarikat berwibawa yang telah bertapak, kami merupakan ahli semua badan yang mentadbir penyelidikan pasaran yang utama:
Kami mahu keahlian Valued Opinions anda mendapat ganjaran dalam apa jua cara. Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan, cuba Soalan Lazim kami untuk jawapan cepat. Jika anda masih tertanya-tanya, e-mel kepada pasukan kami dan mereka akan bersedia membantu.
Jadilah sebahagian daripadanya — sertai Valued Opinions hari ini!